Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Ana akhi antm

Subuh memancarkan nikmatnya
Sungguh terasa akan kesejukan menusuk ke dalam tulang-tulang empat kerat ini .
Ya , aku ini adalah manusia .. manusia yang diciptakan oleh Allah untuk beribadat .
“Eh.! Betul ka aku ni diciptakan oleh Allah dan untuk beribadat kepada-Nya ? bukan untuk berfoya2?*

Ya akhi .. dalam Al-Quran dah jelas akhi .. cuba lah antm bukak al-quran terjemahan antm tuh akhi ..
Ambil dan buka muka surat 523 .. surah apa tu akhi ? ya ya ya ,, surah Al-Dzariyat akhi .. cuba antm tgk terjemahan ayat 56 tu ..

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu”
Ha .. kan dah jelas tu kan ? .. ana tidak menipu kan akhi ?

yeah! Akhi .. tadabbur tu bukan kita menafsir , kita mengambil pelajaran akhi ..

nak tgk lagi ayat mana suruh kita gunakan akal tak akhi ..?
jap ya , ana pun mencari ni dalam kotak dan minda ana .. okey , ana sudah jumpa .. sukanya *love sharing dengan antm ni akhi*

bukak kembali al-quran terjemahan antm tu akhi .. bukak muka surat 75 .. surah apa tu akhi? Surah Al-Imran ..
“eh.! Macam pernah dengar sahaja kan “
Ya , memang antm pernah dengar pun . baca terjemahan ayat 190 tu akhi ..

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih gantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal ..



Akhi ..
Seringkali minda berfikir akhi .. dan ketahuilah bahawa minda itu daripada syaitan ..

Cuba tgk surah ni akhi .. Al-Araf (surah ke 7 ) ayat 16 dan 17 ..
Cuba baca terjemahannya
“Iblis menjawab: “ kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka . Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur(taat)”

Akhi .. sedarkah antm akhi akan syaitan sedang menggelayuti hati dan minda antm akhi ..

Kiri dan kanan mu depan dan belakangmu …

Akhi .. sedarlah akhi .. mengapa engkau pergi meninggalkan ? gembirakah antm akhi saat ditinggalkan ?

Akhi , mungkin ayat ini terlampau pedas .. tapi ,, ini adalah pengajaran dari surah At-Taubah .. Surah ke 9 .. tengok ayat 81 akhi ..
“Orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata : “Janganlah kamu berangkat(pergi berperang) dalam panas terik ini” Katakanlah (Muhammad) : “ Api neraka Jahannam itu lebih panas membakar,” jikalau mereka mengetahui.”

Ya akhi , memang ayat ini sungguh pedas dan menusuk ke dalam sanubari .. sekiranya engkau memahaminya la .. Tapi kalau akal yang ada tidak digunakan , memang tidak terasa pedasnya sambal yang berbisa ini akhi ..

Saat ini sedang ana mendengar ceramah Dr Asri – 3 perkara yang ada padanya kemanisan iman ..

Akhi .. menagis itu nikmat . nikmat kalau antm bersujud dan berdoa dengan titisan air mata ..
Rasailah iman apabila antm mempunyai 3 perkara ini akhi .. *halawatul iman*
1.    -hendaklah Allah dan Rasul itu lebih disayangi olehnya lebih daripada segala-galanya selain Allah dan Rasul
2.    -hendaklah dia sayang seseorang kerana Allah *kerana agama dan pengangannya kita sayang daripadanya*
3.    – hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci dicampakkan ke neraka




Akhi .. seringkali .. cerita sang biri-biri dan sang serigala menggelayuti corong2 telinga kita ini akhi .. ana tidak mahu sharing masalah ana dengan antm semua .

“Akhi , betul akan hadis tentang kambing , eh . apa nama lain selain kambing tu ?”
“biri-biri”
“ha, kisah serigala dan biri-biri .. kalau biri-biri sendiri senang sahaja serigala dating menerkam dan membaham . tapi kalau berada dalam kelompok biri-biri pastinya sukar untuk serigala itu menerkam”
“semoga dapat pengajaran . ana akan ada sentiasa membantu antm”

Akhi .. ujian itu tetap ada akhi .. tipulah akhi kalau ujian itu tidak datang menerjah akhi ..

Jalan yang kita lalui ini bukanlah jalan yang ditaburi mawar, belon dan keindahan .
Tapi jalan yang kita lului ini penuh dengan kaca, duri dan banyak halangan nya akhi .

Kita beranalogi boleh ka?
Sekejap aaa. Ana mau fikir dulu ..
Okey dah jumpa .. memandangkan ni minggu exam

Antm nak tak 4 rataaaaaa? *jawapan antm* .. antm nak tak anugerah dekan? *jawapan antm*

Mustahil lah akhi kalau antm kata tak nak! *ana ketuk kepala antm nanti* (garangnya .. huhu)
Apa yang antm akan buat untuk mendapatkannya ?
Pastinya antm bersiap sedia menjawab exam dengan ilmu yang penuh di dada . Ya akhi ,, sudah ku lelah berjaga malam untuk menempuhi peperiksaan . tidak tidur mendepani segalanya . kerana ku pasti cara dan jalan yang harus ku tempuh untuk mendepani 4 rata itu dengan memenuhi ilmu di dada . namun ada ujian di situ , antm tahu apakah ujian itu ?

Banyak akhi .. mengantuk , gangguan persekitaran .. segalanya akhi .. itu adalah ujian belajar .. tatkala ujian mengantuk itu datang dan putus asa datang .. apa yang engkau lakukan wahai akhiku ? pastinya yang engkau lakukan adalah dengan minum minuman yang berkafien ..

Begitu juga akhiku dengan kehidupan ini , saat ujian datang menjelma menjadi satu lembaga yang ditakuti , janganlah engkau lari .. malah berkawanlah dengan lembaga itu , kerana lembaga itu adalah bayang2 yang merupakan lembaga ujian .. lembaga itu akan terus mengekorimu kemana sahaja engkau pergi .. ada sahaja ujian yang datang menerpamu akhiku .. Kuatlah dan teruslah membina kekuatan .. berkawanlah dan bermesra lah dengan ujian itu kerana ujian itu seperti bayang-bayang yang senantiasa mengekori kita walau kemana sahaja kita pergi ..

Saat siang matahari muncul , timbul lah lembaga itu . Namun saat malam lembaga itu tetap muncul juga Cuma tidak kelihatan ..

Akhiku jadilah seperti matahari yang memberikan sinar kepada umat semester di siang hari . dan jadilah bulan purnama yang memancarkan cahayanya saat malam menjelma ..

Jadilah seperti matahari , walaupun panas teriknya dan habanya terkadang dicaci namun tetap diperlukan . Walaupun malam turut menjelma , tapi kehadiran matahari untuk mengeringkan pakaian masalah umat setelah dibasuh dinanti2kan ..

Semarakkan haba matahari dalam diri dan dunia ini , kerana dunia ini semakin gelap … biarkan mereka tahu betapa panasnya dunia ini kerana kita ..

Ayuh ikhwah wa akhwat .. kita bergerak dengan segala tohmohan yang datang untuk tetap kuat dan menjadi matahari yang memancarkan sinarnya ..


Jangan sesekali rebah .. walaupun difitnah diusir dan dicerobohi oleh anasir-anasir yang berangggapan dirinya mampu menerangi kegelapan dunia pada masa ini ………


AYUH .! Darul Syabab wa Islam …. J  .. ^_^ ..