“Dan sungguh
, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang
benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal
kamu”
Surah
Muhammad 47 : 31
Sungguh
syafiq terkesan malah terkesima dengan kata-kata madah dari “buku” panduan
kehidupan umat Islam itu .
“Kami
benar-benar akan menguji kamu”
-Stiap baris
itu memainkan gurisan dalam hati serta minda . lakaran itu tidak pernah
berhenti untuk melukiskan gambaran dan pena hati tidak pernah berhentik menulis
tulisan keindahan . Benar sungguh ujian di saat ini , saatnya untuk mencari
sahabat sejati . Namun , siapakah sebenarnya sahabat sejati , apakah yang perlu
dilakukan oleh sahabat , apa? Dan mengapa ? bagaimana? Siapakah?
Segalanya
muncul dalam kotak hatinya.
Kisah 1
Permulaan
untuk melangkah kepada perubahan kini dilaksanakan.
“Aku perlu
ke masjid untuk mencari redha Ilahi .”
Begitulah
monolognya dalam diri. Untuk mencari redha Ilahi dalam perubahannya itu ,
sungguh dia ingin istiqamah dalam pencariannya . Ingin perbaiki diri dan ingin
mencari syurga Ilahi yang sangat mahal dan perlukan harga yang tertentu untuk
memasukinya .
Sekali lagi
dalam perjalanan melangkah ke bangunan atas bukit itu fikirannya menerawang
indah
“Apakah
usaha yang telah ku lakukan dalam usaha aku untuk mencari syurga yang mahal itu
? Ku tidak mahu menjadi sesetengah orang yang inginkan syurga namun tidak
berbuat apa-apa kebaikan . Dakwah? Itu merupakan sampingan bagiku untuk ku
mencari redha Ilhai , Ah! Sombongnya kau ni dengan mengatakan dakwah is nothing
(monolognya dalam monolog) Dakwah is everything okey . !”
Fikirannya
terus-terusan menerawang memikirkan jalan untuk dilakukan dalam usaha
mendapatkan syurgaNya hingga tidak sedar bahawa dirinya sudah sampai di depan
pintu masuk bangunan itu . Fikiran terjeda . Ya Allah .. sungguh banyak lamunan
ku ini , sungguh .! terlalu banyak imiginasi ku .
Dengan air
wudhu yang masih ada . melangkah kaki kanan dengan perasaan rendah diri biarpun
gayanya Nampak gagah lagak sombong angkuh tidak menghiraukan mereka yang
disekelilingnya yang mengenalinya , ya , ikatan ukhuwah itu . Dia tidak
menghiraukannya dan terus melangkah menuju ke tempat yang sesuai untuk dirinya
menyempurnakan solat sunat sebelum zohor. Di pengakhiran sujud itu , dia telah
mengambil kesempatan untuk berdoa
“Ya Allah ,
kau pimpinlah tanganku agar k uterus istiqamah dalam perubahanku”
Begitulah
doanya untuk kesekian kalinya , agar dipertemukan seseorang atau orang-orang
yang mampu membawa keistiqamahan kepada dirinya biarpun terdapat orang-orang
yang sedang mencuba membawa keistiqamahan itu .
Seusai solat
zohor berjemaah dengan muslim yang hadir , entah mengapa dalam dirinya menyapa
akan mengapa insan itu datang dan menyapa dirinya biarpun dia tidak begitu
rapat akan dirinya . Duduk bersama dan bercerita akan permasalahan bagaimana
hendak membantu seseorang dalam perubahannya . Sungguh , detik itu telah
membibitkan kerinduan buat dirinya .
Hari demi
hari , dia menunggu akan kehadiran kawan @ sahabatnya itu . Entah mengapa saat
itu langkahnya ke bangunan atas bukit berubah 360 degree tanpa rintangan
apa-apa . perjalanannya untuk bertemu sahabatnya @ kawannya .
“... Kami
akan uji perihal kamu”
Kembali
meniti ayat dari-Nya . Uji perihal kamu ?
“Aku terlalu
cepat menyayangi seseorang!”
“Aku kejam !
Seharusnya yang ku rindukan adalah rumahNya dan kekasihNya, mengapa ku salah .!
Aku kejam .”
“Ya Allah ,
berdosanya diri hamba .! “
Begitu
banyak persoalan yang menerawang dalam dirinya hingga tidak sedar akan sesuatu
yang menemani pipinya . Berlari kecil dirinya keluar dari bangunan itu agar
tidak terlihat oleh sesiapa . sambil merenung gunung Kinabalu yang memancak itu
, dirinya berdosa .
...................................
“Disini ana
mencari solusi akan permasalahan , di sini ana mencari konklusi . di sini ana
ingin kan segalanya . ana perlukan bimbingan . “
Buluh jika
dilentur pastinya dapat dibentuk , begitu juga dengan diri ini yang lembut
hatinya . saat engkau memberikan kasih sayang , saat itu ku akan simpan buat
selamanya . saat kau memberikan kasih sayang , ku cuba untuk membalasnya .
Kini aku
perlu melangkah agar memberikan sesuatu , bukannya menerima sesuatu dan baru
hendak memberikannya .
Berjabat tangan
, pelukan , rasa cinta dan sayang bukan kerana ku songsang ataupun sebagainya .
Mungkin sifatku yang inginkan kasih sayang . Sungguh.! Lelaki itu pasangannya
wanita . Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki . !
Kerana !!!
::
“Tulang
rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada waktunyaJ”
Itulah
pesanan dari pemilik tulang rusuk yang In Shaa Allah bakal bertemu tempatnya J
Kisah 1
19:59
Unknown
Posted in 