Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Terima Kasih ikhwahku ...

Lagu Deja Vu yang dinyanyikan oleh Shila Hamzah berdendang di cuping-cuping telinga .

Begitulah lirik-liriknya ku salami dengan penuh bermakna .. Cinta . Cinta .. dan cinta .. mengapa dianya selalu berdendang di dalam setiap detik hatiku , mengapa terlalu sangat ku memikirkan akan segalanya . Setiap kenangan yang ku lalui ku simpan dalam hati , biarpun dalam setiap kata yang terbaris itu membuatkan setiapnya itu terhampar dalam syahdu cinta .

**dalam fikiran ini , Ya Allah .. lagu ini tersusun secara bertepatan . Apabila cinta yang terlampau pastinya ku akan menderita kiranya cinta itu tidak terbalas .. **
Kini lagu milik Hafiz – bahagiamu deritaku berdendang dalam cuping telinga .

Ya .! mengapa lagu seperti ini berada di dalam telefon pintar Samsung ku ..? segala persoalan mula menerpa .. Yeah! Yeah! ..
*terimbau kembali bahawasanya lagu ini adalah untuk sahabatku yang pernah membuatku jatuh menitiskan air mata di bahu ikhwahku dan tangisan dhuha di pagi hari*

Kini berdendangan pula lagu *muhasabah cinta-edCoustic* .. wah! ===nyanyi sikit==
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau berikan padaku
++++ Ya Allah , selepas cinta yang termasuk dalam diri hambamu ini , hadirnya derita atas cinta yang terlampau ++++
Teringat kembali perbualan bersama seorang ikhwah ku
“Akhi , dia sudah propose ana jadi sahabat dia”
“Anta sudah sujud syukur belum?”
“nanti akhi ana buat.”
Hanya perbualan sahaja . Ya Allah . Kau ampunilah hambamu ini yang hanya pandai berkata-kata namun belum bisa melakukan segala apa yang diperkatakan .
**lagu ini mengganggu aku untuk menaip ** Muslimah – Nazrey ..++sape suruh dengar lagu waktu menaip **

Semester break kembali . Akhirnya , tugasku sebagai pelajar tahun 1 Universiti Malaysia Sabah bakal berakhir . Yeah! Next Sem i’ll be senior .

 Sepanjang perjalanan ini , perjalan semester 1 ini .. ku tempuh .. akhir bulan 11 ku dilamar untuk memasuki tarbiyah yang dikendalikan oleh seorang murobbi yang agak kacak hensem lagi bergaya *sangat kan* hehe .. Disaat itulah ku mengenali lebih dekat dengan Allah . Ohh .. Tarbiyah tidak memerlukan kita , tapi kita yang memerlukan tarbiyah . Sangat betul . Sememangnya ku yang tidak kuat , terkadang tergelincir di saat ingin menuju berjalan ke arahNya . Kini , In Shaa Allah ku akan kuat dalam mendepani segalanya kerana saat ku tergelincir pastinya ku punya Ikhwah dan juga Sahabat yang sangat membantuku . Pastinya ku akan kuat , Ikhwah ku dan sahabatku bantulah ku .. Ku ingin masuk ke syurgaNya .

Fikiran ini menerawang akan pesanan seorang ikhwah
**situasi di bus stop **
“Akhi , kalau down cepat-cepat hantar mesej”
“Akhi , kalau mutabaah antm tidak terjaga , cepat-cepat hantar mesej”
“Nak hantar apa akhi ?”
“Cakap sahaja antm “down” . Cukup tuh.”

Begitukah ?? Kenapa nak bagitau semua tu ? Biarlahku akan kuat punya , tidak perlu rasanya nak mesej-mesej ikhwah .. Sibuk sahaja .

Pastinya fikiran itu menerawang dalam fikiran . Namun , tidak bagiku kerana barangkali ikhwahku benar-benar inginkan ku tetap dalam medan tarbiyah ini .


Akhi .. jangan pergi tinggalkan ana .. pimpin ana akhi , bawa ana bersama . ana tidak mahu ditinggalkan .. :'(



Akhiku sekalian .... Dengarlah bicara hatiku ini
“Akhiku sekalian , ku berterima kasih atas segalanya , segalanya kau terima . Segala kelemahanku kau terima , sesungguhnya sukar bagiku untuk mengungkapkan dari kata-kata . namun beginilah caranya ku meluahkan isi hatiku ini . Akhi , ku pernah dilamar oleh jemaah lain , namun ku takut jemaah itu tidak mampu menerima kekurangan ku . hanya engkau akhi yang mampu menerima kelemahan ku . Di saat ku jatuh tidak bersemangat , ada sahaja mesej-mesej yang bersesuaian masuk ke dalam pesanan ringkasku . Pernah sekali ku jatuh tersungkur merintih , Akhi yang dari johor menghantar pesanan kata-kata semangat . disaat itu juga rintihanku terus laju mengalirkan mutiara kerana seperti engkau memahami diriku yang sedang berdukalara . Tidak kunjung tiba juga pesanan dari Akhi yang asalnya dari perak . di saat ku jatuh tersungkur tidak bersemangat , telefon pintar Samsung berbunyi menandakan ada mesej yang datang , sungguh tidak ku sangka bahawasanya engkau adalah orangnya yang memberikan semangat kepadaku “

Akhi , ana kuat kerana anta akhi . Anta banyak bantu ana dalam usaha ana untuk perbaiki diri ana . Terima kasih akhi atas bantuan anta akhi , sungguh pastinya ku akan kuat dalam medan tarbiyah dan dakwah ini . Yang pastinya akhi sudah berjaya menggari hati ana . Namun , ana barangkali tidak mahu perbaiki kelemahan ana yang satu ini , mungkin sekiranya ana sudah perbaiki kelemahan itu , takut ku akan meninggalkan antm sekalian . Sungguh , kenangan manis bersamamu akhi terabdi di dalam qalbu ana akhi .

Akhi . jangan pernah tinggalkan ana akhi ,anak takut ana tidak kuat akhi . Akhi . pimpinlah tangan ana , bawa ana bangun akhi . Ana tidak mahu berjalan sendirian . Ana takut akan tergelincir sekiranya sendiri . Akhi ...




Semoga ikatan Ukhuwah fillah kita akan berkekalan . Bertemu dan Berpisah kerana Allah akhi :)

Janji ke Syurga

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain,  kecuali mereka yang bertakwa”
Surah Az-Zukhruf :ayat 67



Begitulah kisahnya . Allah telah menjanjikan , bahawa mereka yang tidak bertakwa kepada Allah akan bermusuhan pada hari itu . Sungguh , perasaan sayang dan rindu yang digarapkan hanya kepada Allah untukmu sahabatku , ku ingin bertemu kamu di syurga Ilahi yang sangat mahal .

Saat terleka dan gagal mengawal emosi untuk mendepani peperiksaan yang kian menjelang itu , telefon bimbit android berjenama Samsung diambil . peti simpanan mesej dibuku , jari jemari menari di keyboard “qwerty” telefon pintar

“awk, xde mood nk amik exam.”

Begitulah pesanan yang dihantar kepada sahabatnya , di saat kegelisahan hati emosi dan fikiran bercelaru dirinya tergelak kecil saat melihat pesanan mesej yang dihantar . “awk” mengapa menggunakan perkataan awak ? sepertinya disaat keterbezaan yang diambil inilah ikatan ukhuwah terjalin . Namun , walaupun begitu saatnya adalah untuk meminta nasihat , kerana itu bahasa yang polite perlu digunakan .

Selang beberapa minit pesanan mesej dihantar , Shafiq yang dalam perjalanan ke tempat peperiksaan dengan perasaan yang berkecamuk kelukaan emosi . entah apa yang merasuk dirinya disaat itu biarpun mulutnya tidak berhenti beristighfar selepas perasaan untuk menghadapi peperiksaan luntur . Satu pesanan ringkas masuk kedalam private mesej box.
Nama yang tertera saat itu menjadikan girang dihatinya buat seketika , namun mindanya tetap berfikir . apa ya yang dibalas oleh sahabatku ?
“Good Luck , awk mesti boleh.”
Seperti itulah fikiran Shafiq menerawang , namun jari jemarinya tetap menekan butang pesanan ringkas agar isinya dapat dibaca .

“Kuatkan Usaha, Allah always with u”
-Begitulah pesanan ringkas yang dihantar oleh sahabat Shafiq kepadanya , entah mengapa pipinya ditemani air walaupun keadaan panas .


Hati berbicara ........

“Ya Allah , terima kasih atas menghadirkan dirinya kepada diriku , semoga dirinya mampu memimpin tanganku , duhai sahabatku . “

Semangat kembali membara , namun jari jemari tetap menari di keyboard telefon pintarnya agar sahabatnya mendoakan agar Shafiq mampu mendepani ujian dari Allah ini di dalam sujud dan doanya . TAPI jangan hilang kekhusyukanmu sahabatku , begiitulah pesanan yang dihantar kepada sahabatnya .

-       Di dalam dewan peperiksaan –
Entah mengapa hilang ingatan atas apa yang dipelajari tentang subjek peperiksaan yang diambilnya itu . Kertas soalan itu ditenung seperti matanya mampu membekalkan haba agar kertas itu terbakar , NAMUN . disaat itu , wangian sahabatnya menusuk ke dalam hidungnya . Hati kecilnya berkata , mengapa wangiannya hadir di saat ini ya . penolong peperiksaan mana yang memakai wangian ini ? Impossible . Tangannya di bau , tiada pula bau wangian sahabatnya di tangannya.

Dibiarkan perkara itu berlalu , persoalan ini bakal ditanya kepada sahabatnya nanti . PASTINYA .

Sahabat , mampukah dirimu tetap bersama denganku untuk saling mengingatiku ?


Diriku terjeda seketika .! Selepas sampai di dalam bilik , Al-Quran merah . Ya , merah warna kesukaanya itu . diambil dan dibelek-belek . Niatnya bukan untuk membaca Al-Quran tapi untuk membaca tafsiran Al-Quran yang boleh dijadikan kekuatan dalam kehidupan nya itu .

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan kami pasti akan member balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”
Surah An-Nahl : ayat 96

....... Kembali muhasabah diri , ya sahabatku pastinya akan lenyap hilang , namun apa yang ada di sisi Allah akan kekal . Syurganya , ya syurganya pastinya kekal . Sahabatku , pastinya ku akan menjadi orang yang lebih bertakwa disamping mendoakan dirimu juga akan semakin bertakwa . agar kita mampu dan dapat bersama-sama di Syurganya .



Bismillah . Salam Berpuasa dan Salam Berbuka Puasa serta Salam ISrak Mikraj Sahabatku :)