“Teman-teman
karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa”
Surah
Az-Zukhruf :ayat 67
Begitulah
kisahnya . Allah telah menjanjikan , bahawa mereka yang tidak bertakwa kepada
Allah akan bermusuhan pada hari itu . Sungguh , perasaan sayang dan rindu yang
digarapkan hanya kepada Allah untukmu sahabatku , ku ingin bertemu kamu di
syurga Ilahi yang sangat mahal .
Saat
terleka dan gagal mengawal emosi untuk mendepani peperiksaan yang kian
menjelang itu , telefon bimbit android berjenama Samsung diambil . peti simpanan
mesej dibuku , jari jemari menari di keyboard “qwerty” telefon pintar
“awk,
xde mood nk amik exam.”
Begitulah
pesanan yang dihantar kepada sahabatnya , di saat kegelisahan hati emosi dan
fikiran bercelaru dirinya tergelak kecil saat melihat pesanan mesej yang dihantar
. “awk” mengapa menggunakan perkataan awak ? sepertinya disaat keterbezaan yang
diambil inilah ikatan ukhuwah terjalin . Namun , walaupun begitu saatnya adalah
untuk meminta nasihat , kerana itu bahasa yang polite perlu digunakan .
Selang
beberapa minit pesanan mesej dihantar , Shafiq yang dalam perjalanan ke tempat
peperiksaan dengan perasaan yang berkecamuk kelukaan emosi . entah apa yang
merasuk dirinya disaat itu biarpun mulutnya tidak berhenti beristighfar selepas
perasaan untuk menghadapi peperiksaan luntur . Satu pesanan ringkas masuk
kedalam private mesej box.
Nama
yang tertera saat itu menjadikan girang dihatinya buat seketika , namun
mindanya tetap berfikir . apa ya yang dibalas oleh sahabatku ?
“Good
Luck , awk mesti boleh.”
Seperti
itulah fikiran Shafiq menerawang , namun jari jemarinya tetap menekan butang
pesanan ringkas agar isinya dapat dibaca .
“Kuatkan
Usaha, Allah always with u”
-Begitulah
pesanan ringkas yang dihantar oleh sahabat Shafiq kepadanya , entah mengapa
pipinya ditemani air walaupun keadaan panas .
Hati
berbicara ........
“Ya
Allah , terima kasih atas menghadirkan dirinya kepada diriku , semoga dirinya
mampu memimpin tanganku , duhai sahabatku . “
Semangat
kembali membara , namun jari jemari tetap menari di keyboard telefon pintarnya
agar sahabatnya mendoakan agar Shafiq mampu mendepani ujian dari Allah ini di
dalam sujud dan doanya . TAPI jangan hilang kekhusyukanmu sahabatku ,
begiitulah pesanan yang dihantar kepada sahabatnya .
- Di dalam dewan peperiksaan –
Entah
mengapa hilang ingatan atas apa yang dipelajari tentang subjek peperiksaan yang
diambilnya itu . Kertas soalan itu ditenung seperti matanya mampu membekalkan
haba agar kertas itu terbakar , NAMUN . disaat itu , wangian sahabatnya menusuk
ke dalam hidungnya . Hati kecilnya berkata , mengapa wangiannya hadir di saat
ini ya . penolong peperiksaan mana yang memakai wangian ini ? Impossible .
Tangannya di bau , tiada pula bau wangian sahabatnya di tangannya.
Dibiarkan perkara itu berlalu ,
persoalan ini bakal ditanya kepada sahabatnya nanti . PASTINYA .
Sahabat
, mampukah dirimu tetap bersama denganku untuk saling mengingatiku ?
Diriku
terjeda seketika .! Selepas sampai di dalam bilik , Al-Quran merah . Ya , merah
warna kesukaanya itu . diambil dan dibelek-belek . Niatnya bukan untuk membaca
Al-Quran tapi untuk membaca tafsiran Al-Quran yang boleh dijadikan kekuatan
dalam kehidupan nya itu .
“Apa
yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan
kami pasti akan member balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih
baik dari apa yang telah mereka kerjakan”
Surah
An-Nahl : ayat 96
.......
Kembali muhasabah diri , ya sahabatku pastinya akan lenyap hilang , namun apa
yang ada di sisi Allah akan kekal . Syurganya , ya syurganya pastinya kekal .
Sahabatku , pastinya ku akan menjadi orang yang lebih bertakwa disamping
mendoakan dirimu juga akan semakin bertakwa . agar kita mampu dan dapat
bersama-sama di Syurganya .
Bismillah
. Salam Berpuasa dan Salam Berbuka Puasa serta Salam ISrak Mikraj Sahabatku :)
18:06
Unknown


Posted in
No Response to "Janji ke Syurga"
Post a Comment