Lagu Deja Vu
yang dinyanyikan oleh Shila Hamzah berdendang di cuping-cuping telinga .
Begitulah
lirik-liriknya ku salami dengan penuh bermakna .. Cinta . Cinta .. dan cinta ..
mengapa dianya selalu berdendang di dalam setiap detik hatiku , mengapa terlalu
sangat ku memikirkan akan segalanya . Setiap kenangan yang ku lalui ku simpan dalam
hati , biarpun dalam setiap kata yang terbaris itu membuatkan setiapnya itu
terhampar dalam syahdu cinta .
**dalam
fikiran ini , Ya Allah .. lagu ini tersusun secara bertepatan . Apabila cinta
yang terlampau pastinya ku akan menderita kiranya cinta itu tidak terbalas ..
**
Kini lagu
milik Hafiz – bahagiamu deritaku berdendang dalam cuping telinga .
Ya .!
mengapa lagu seperti ini berada di dalam telefon pintar Samsung ku ..? segala
persoalan mula menerpa .. Yeah! Yeah! ..
*terimbau
kembali bahawasanya lagu ini adalah untuk sahabatku yang pernah membuatku jatuh
menitiskan air mata di bahu ikhwahku dan tangisan dhuha di pagi hari*
Kini
berdendangan pula lagu *muhasabah cinta-edCoustic* .. wah! ===nyanyi sikit==
Kata-kata
cinta terucap indah
Mengalir berzikir
di kidung doaku
Sakit yang
ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir
cinta air mataku
Teringat semua
yang kau berikan padaku
++++ Ya
Allah , selepas cinta yang termasuk dalam diri hambamu ini , hadirnya derita
atas cinta yang terlampau ++++
Teringat kembali
perbualan bersama seorang ikhwah ku
“Akhi , dia
sudah propose ana jadi sahabat dia”
“Anta sudah
sujud syukur belum?”
“nanti akhi
ana buat.”
Hanya
perbualan sahaja . Ya Allah . Kau ampunilah hambamu ini yang hanya pandai
berkata-kata namun belum bisa melakukan segala apa yang diperkatakan .
**lagu ini
mengganggu aku untuk menaip ** Muslimah – Nazrey ..++sape suruh dengar lagu
waktu menaip **
Semester
break kembali . Akhirnya , tugasku sebagai pelajar tahun 1 Universiti Malaysia
Sabah bakal berakhir . Yeah! Next Sem i’ll be senior .
Sepanjang perjalanan ini , perjalan semester 1
ini .. ku tempuh .. akhir bulan 11 ku dilamar untuk memasuki tarbiyah yang
dikendalikan oleh seorang murobbi yang agak kacak hensem lagi bergaya *sangat
kan* hehe .. Disaat itulah ku mengenali lebih dekat dengan Allah . Ohh ..
Tarbiyah tidak memerlukan kita , tapi kita yang memerlukan tarbiyah . Sangat
betul . Sememangnya ku yang tidak kuat , terkadang tergelincir di saat ingin
menuju berjalan ke arahNya . Kini , In Shaa Allah ku akan kuat dalam mendepani
segalanya kerana saat ku tergelincir pastinya ku punya Ikhwah dan juga Sahabat
yang sangat membantuku . Pastinya ku akan kuat , Ikhwah ku dan sahabatku
bantulah ku .. Ku ingin masuk ke syurgaNya .
Fikiran ini
menerawang akan pesanan seorang ikhwah
**situasi di
bus stop **
“Akhi ,
kalau down cepat-cepat hantar mesej”
“Akhi ,
kalau mutabaah antm tidak terjaga , cepat-cepat hantar mesej”
“Nak hantar
apa akhi ?”
“Cakap
sahaja antm “down” . Cukup tuh.”
Begitukah ??
Kenapa nak bagitau semua tu ? Biarlahku akan kuat punya , tidak perlu rasanya
nak mesej-mesej ikhwah .. Sibuk sahaja .
Pastinya
fikiran itu menerawang dalam fikiran . Namun , tidak bagiku kerana barangkali
ikhwahku benar-benar inginkan ku tetap dalam medan tarbiyah ini .
![]() |
| Akhi .. jangan pergi tinggalkan ana .. pimpin ana akhi , bawa ana bersama . ana tidak mahu ditinggalkan .. :'( |
Akhiku
sekalian .... Dengarlah bicara hatiku ini
“Akhiku
sekalian , ku berterima kasih atas segalanya , segalanya kau terima . Segala
kelemahanku kau terima , sesungguhnya sukar bagiku untuk mengungkapkan dari
kata-kata . namun beginilah caranya ku meluahkan isi hatiku ini . Akhi , ku
pernah dilamar oleh jemaah lain , namun ku takut jemaah itu tidak mampu
menerima kekurangan ku . hanya engkau akhi yang mampu menerima kelemahan ku .
Di saat ku jatuh tidak bersemangat , ada sahaja mesej-mesej yang bersesuaian
masuk ke dalam pesanan ringkasku . Pernah sekali ku jatuh tersungkur merintih ,
Akhi yang dari johor menghantar pesanan kata-kata semangat . disaat itu juga rintihanku
terus laju mengalirkan mutiara kerana seperti engkau memahami diriku yang
sedang berdukalara . Tidak kunjung tiba juga pesanan dari Akhi yang asalnya
dari perak . di saat ku jatuh tersungkur tidak bersemangat , telefon pintar
Samsung berbunyi menandakan ada mesej yang datang , sungguh tidak ku sangka
bahawasanya engkau adalah orangnya yang memberikan semangat kepadaku “
Akhi , ana
kuat kerana anta akhi . Anta banyak bantu ana dalam usaha ana untuk perbaiki
diri ana . Terima kasih akhi atas bantuan anta akhi , sungguh pastinya ku akan
kuat dalam medan tarbiyah dan dakwah ini . Yang pastinya akhi sudah berjaya
menggari hati ana . Namun , ana barangkali tidak mahu perbaiki kelemahan ana
yang satu ini , mungkin sekiranya ana sudah perbaiki kelemahan itu , takut ku
akan meninggalkan antm sekalian . Sungguh , kenangan manis bersamamu akhi
terabdi di dalam qalbu ana akhi .
Akhi .
jangan pernah tinggalkan ana akhi ,anak takut ana tidak kuat akhi . Akhi .
pimpinlah tangan ana , bawa ana bangun akhi . Ana tidak mahu berjalan sendirian
. Ana takut akan tergelincir sekiranya sendiri . Akhi ...
Semoga ikatan Ukhuwah fillah kita akan berkekalan . Bertemu dan Berpisah kerana Allah akhi :)
18:30
Unknown

Posted in
No Response to "Terima Kasih ikhwahku ... "
Post a Comment