Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Ana akhi antm

Subuh memancarkan nikmatnya
Sungguh terasa akan kesejukan menusuk ke dalam tulang-tulang empat kerat ini .
Ya , aku ini adalah manusia .. manusia yang diciptakan oleh Allah untuk beribadat .
“Eh.! Betul ka aku ni diciptakan oleh Allah dan untuk beribadat kepada-Nya ? bukan untuk berfoya2?*

Ya akhi .. dalam Al-Quran dah jelas akhi .. cuba lah antm bukak al-quran terjemahan antm tuh akhi ..
Ambil dan buka muka surat 523 .. surah apa tu akhi ? ya ya ya ,, surah Al-Dzariyat akhi .. cuba antm tgk terjemahan ayat 56 tu ..

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu”
Ha .. kan dah jelas tu kan ? .. ana tidak menipu kan akhi ?

yeah! Akhi .. tadabbur tu bukan kita menafsir , kita mengambil pelajaran akhi ..

nak tgk lagi ayat mana suruh kita gunakan akal tak akhi ..?
jap ya , ana pun mencari ni dalam kotak dan minda ana .. okey , ana sudah jumpa .. sukanya *love sharing dengan antm ni akhi*

bukak kembali al-quran terjemahan antm tu akhi .. bukak muka surat 75 .. surah apa tu akhi? Surah Al-Imran ..
“eh.! Macam pernah dengar sahaja kan “
Ya , memang antm pernah dengar pun . baca terjemahan ayat 190 tu akhi ..

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih gantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal ..



Akhi ..
Seringkali minda berfikir akhi .. dan ketahuilah bahawa minda itu daripada syaitan ..

Cuba tgk surah ni akhi .. Al-Araf (surah ke 7 ) ayat 16 dan 17 ..
Cuba baca terjemahannya
“Iblis menjawab: “ kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka . Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur(taat)”

Akhi .. sedarkah antm akhi akan syaitan sedang menggelayuti hati dan minda antm akhi ..

Kiri dan kanan mu depan dan belakangmu …

Akhi .. sedarlah akhi .. mengapa engkau pergi meninggalkan ? gembirakah antm akhi saat ditinggalkan ?

Akhi , mungkin ayat ini terlampau pedas .. tapi ,, ini adalah pengajaran dari surah At-Taubah .. Surah ke 9 .. tengok ayat 81 akhi ..
“Orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata : “Janganlah kamu berangkat(pergi berperang) dalam panas terik ini” Katakanlah (Muhammad) : “ Api neraka Jahannam itu lebih panas membakar,” jikalau mereka mengetahui.”

Ya akhi , memang ayat ini sungguh pedas dan menusuk ke dalam sanubari .. sekiranya engkau memahaminya la .. Tapi kalau akal yang ada tidak digunakan , memang tidak terasa pedasnya sambal yang berbisa ini akhi ..

Saat ini sedang ana mendengar ceramah Dr Asri – 3 perkara yang ada padanya kemanisan iman ..

Akhi .. menagis itu nikmat . nikmat kalau antm bersujud dan berdoa dengan titisan air mata ..
Rasailah iman apabila antm mempunyai 3 perkara ini akhi .. *halawatul iman*
1.    -hendaklah Allah dan Rasul itu lebih disayangi olehnya lebih daripada segala-galanya selain Allah dan Rasul
2.    -hendaklah dia sayang seseorang kerana Allah *kerana agama dan pengangannya kita sayang daripadanya*
3.    – hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci dicampakkan ke neraka




Akhi .. seringkali .. cerita sang biri-biri dan sang serigala menggelayuti corong2 telinga kita ini akhi .. ana tidak mahu sharing masalah ana dengan antm semua .

“Akhi , betul akan hadis tentang kambing , eh . apa nama lain selain kambing tu ?”
“biri-biri”
“ha, kisah serigala dan biri-biri .. kalau biri-biri sendiri senang sahaja serigala dating menerkam dan membaham . tapi kalau berada dalam kelompok biri-biri pastinya sukar untuk serigala itu menerkam”
“semoga dapat pengajaran . ana akan ada sentiasa membantu antm”

Akhi .. ujian itu tetap ada akhi .. tipulah akhi kalau ujian itu tidak datang menerjah akhi ..

Jalan yang kita lalui ini bukanlah jalan yang ditaburi mawar, belon dan keindahan .
Tapi jalan yang kita lului ini penuh dengan kaca, duri dan banyak halangan nya akhi .

Kita beranalogi boleh ka?
Sekejap aaa. Ana mau fikir dulu ..
Okey dah jumpa .. memandangkan ni minggu exam

Antm nak tak 4 rataaaaaa? *jawapan antm* .. antm nak tak anugerah dekan? *jawapan antm*

Mustahil lah akhi kalau antm kata tak nak! *ana ketuk kepala antm nanti* (garangnya .. huhu)
Apa yang antm akan buat untuk mendapatkannya ?
Pastinya antm bersiap sedia menjawab exam dengan ilmu yang penuh di dada . Ya akhi ,, sudah ku lelah berjaga malam untuk menempuhi peperiksaan . tidak tidur mendepani segalanya . kerana ku pasti cara dan jalan yang harus ku tempuh untuk mendepani 4 rata itu dengan memenuhi ilmu di dada . namun ada ujian di situ , antm tahu apakah ujian itu ?

Banyak akhi .. mengantuk , gangguan persekitaran .. segalanya akhi .. itu adalah ujian belajar .. tatkala ujian mengantuk itu datang dan putus asa datang .. apa yang engkau lakukan wahai akhiku ? pastinya yang engkau lakukan adalah dengan minum minuman yang berkafien ..

Begitu juga akhiku dengan kehidupan ini , saat ujian datang menjelma menjadi satu lembaga yang ditakuti , janganlah engkau lari .. malah berkawanlah dengan lembaga itu , kerana lembaga itu adalah bayang2 yang merupakan lembaga ujian .. lembaga itu akan terus mengekorimu kemana sahaja engkau pergi .. ada sahaja ujian yang datang menerpamu akhiku .. Kuatlah dan teruslah membina kekuatan .. berkawanlah dan bermesra lah dengan ujian itu kerana ujian itu seperti bayang-bayang yang senantiasa mengekori kita walau kemana sahaja kita pergi ..

Saat siang matahari muncul , timbul lah lembaga itu . Namun saat malam lembaga itu tetap muncul juga Cuma tidak kelihatan ..

Akhiku jadilah seperti matahari yang memberikan sinar kepada umat semester di siang hari . dan jadilah bulan purnama yang memancarkan cahayanya saat malam menjelma ..

Jadilah seperti matahari , walaupun panas teriknya dan habanya terkadang dicaci namun tetap diperlukan . Walaupun malam turut menjelma , tapi kehadiran matahari untuk mengeringkan pakaian masalah umat setelah dibasuh dinanti2kan ..

Semarakkan haba matahari dalam diri dan dunia ini , kerana dunia ini semakin gelap … biarkan mereka tahu betapa panasnya dunia ini kerana kita ..

Ayuh ikhwah wa akhwat .. kita bergerak dengan segala tohmohan yang datang untuk tetap kuat dan menjadi matahari yang memancarkan sinarnya ..


Jangan sesekali rebah .. walaupun difitnah diusir dan dicerobohi oleh anasir-anasir yang berangggapan dirinya mampu menerangi kegelapan dunia pada masa ini ………


AYUH .! Darul Syabab wa Islam …. J  .. ^_^ ..





Terima Kasih ikhwahku ...

Lagu Deja Vu yang dinyanyikan oleh Shila Hamzah berdendang di cuping-cuping telinga .

Begitulah lirik-liriknya ku salami dengan penuh bermakna .. Cinta . Cinta .. dan cinta .. mengapa dianya selalu berdendang di dalam setiap detik hatiku , mengapa terlalu sangat ku memikirkan akan segalanya . Setiap kenangan yang ku lalui ku simpan dalam hati , biarpun dalam setiap kata yang terbaris itu membuatkan setiapnya itu terhampar dalam syahdu cinta .

**dalam fikiran ini , Ya Allah .. lagu ini tersusun secara bertepatan . Apabila cinta yang terlampau pastinya ku akan menderita kiranya cinta itu tidak terbalas .. **
Kini lagu milik Hafiz – bahagiamu deritaku berdendang dalam cuping telinga .

Ya .! mengapa lagu seperti ini berada di dalam telefon pintar Samsung ku ..? segala persoalan mula menerpa .. Yeah! Yeah! ..
*terimbau kembali bahawasanya lagu ini adalah untuk sahabatku yang pernah membuatku jatuh menitiskan air mata di bahu ikhwahku dan tangisan dhuha di pagi hari*

Kini berdendangan pula lagu *muhasabah cinta-edCoustic* .. wah! ===nyanyi sikit==
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau berikan padaku
++++ Ya Allah , selepas cinta yang termasuk dalam diri hambamu ini , hadirnya derita atas cinta yang terlampau ++++
Teringat kembali perbualan bersama seorang ikhwah ku
“Akhi , dia sudah propose ana jadi sahabat dia”
“Anta sudah sujud syukur belum?”
“nanti akhi ana buat.”
Hanya perbualan sahaja . Ya Allah . Kau ampunilah hambamu ini yang hanya pandai berkata-kata namun belum bisa melakukan segala apa yang diperkatakan .
**lagu ini mengganggu aku untuk menaip ** Muslimah – Nazrey ..++sape suruh dengar lagu waktu menaip **

Semester break kembali . Akhirnya , tugasku sebagai pelajar tahun 1 Universiti Malaysia Sabah bakal berakhir . Yeah! Next Sem i’ll be senior .

 Sepanjang perjalanan ini , perjalan semester 1 ini .. ku tempuh .. akhir bulan 11 ku dilamar untuk memasuki tarbiyah yang dikendalikan oleh seorang murobbi yang agak kacak hensem lagi bergaya *sangat kan* hehe .. Disaat itulah ku mengenali lebih dekat dengan Allah . Ohh .. Tarbiyah tidak memerlukan kita , tapi kita yang memerlukan tarbiyah . Sangat betul . Sememangnya ku yang tidak kuat , terkadang tergelincir di saat ingin menuju berjalan ke arahNya . Kini , In Shaa Allah ku akan kuat dalam mendepani segalanya kerana saat ku tergelincir pastinya ku punya Ikhwah dan juga Sahabat yang sangat membantuku . Pastinya ku akan kuat , Ikhwah ku dan sahabatku bantulah ku .. Ku ingin masuk ke syurgaNya .

Fikiran ini menerawang akan pesanan seorang ikhwah
**situasi di bus stop **
“Akhi , kalau down cepat-cepat hantar mesej”
“Akhi , kalau mutabaah antm tidak terjaga , cepat-cepat hantar mesej”
“Nak hantar apa akhi ?”
“Cakap sahaja antm “down” . Cukup tuh.”

Begitukah ?? Kenapa nak bagitau semua tu ? Biarlahku akan kuat punya , tidak perlu rasanya nak mesej-mesej ikhwah .. Sibuk sahaja .

Pastinya fikiran itu menerawang dalam fikiran . Namun , tidak bagiku kerana barangkali ikhwahku benar-benar inginkan ku tetap dalam medan tarbiyah ini .


Akhi .. jangan pergi tinggalkan ana .. pimpin ana akhi , bawa ana bersama . ana tidak mahu ditinggalkan .. :'(



Akhiku sekalian .... Dengarlah bicara hatiku ini
“Akhiku sekalian , ku berterima kasih atas segalanya , segalanya kau terima . Segala kelemahanku kau terima , sesungguhnya sukar bagiku untuk mengungkapkan dari kata-kata . namun beginilah caranya ku meluahkan isi hatiku ini . Akhi , ku pernah dilamar oleh jemaah lain , namun ku takut jemaah itu tidak mampu menerima kekurangan ku . hanya engkau akhi yang mampu menerima kelemahan ku . Di saat ku jatuh tidak bersemangat , ada sahaja mesej-mesej yang bersesuaian masuk ke dalam pesanan ringkasku . Pernah sekali ku jatuh tersungkur merintih , Akhi yang dari johor menghantar pesanan kata-kata semangat . disaat itu juga rintihanku terus laju mengalirkan mutiara kerana seperti engkau memahami diriku yang sedang berdukalara . Tidak kunjung tiba juga pesanan dari Akhi yang asalnya dari perak . di saat ku jatuh tersungkur tidak bersemangat , telefon pintar Samsung berbunyi menandakan ada mesej yang datang , sungguh tidak ku sangka bahawasanya engkau adalah orangnya yang memberikan semangat kepadaku “

Akhi , ana kuat kerana anta akhi . Anta banyak bantu ana dalam usaha ana untuk perbaiki diri ana . Terima kasih akhi atas bantuan anta akhi , sungguh pastinya ku akan kuat dalam medan tarbiyah dan dakwah ini . Yang pastinya akhi sudah berjaya menggari hati ana . Namun , ana barangkali tidak mahu perbaiki kelemahan ana yang satu ini , mungkin sekiranya ana sudah perbaiki kelemahan itu , takut ku akan meninggalkan antm sekalian . Sungguh , kenangan manis bersamamu akhi terabdi di dalam qalbu ana akhi .

Akhi . jangan pernah tinggalkan ana akhi ,anak takut ana tidak kuat akhi . Akhi . pimpinlah tangan ana , bawa ana bangun akhi . Ana tidak mahu berjalan sendirian . Ana takut akan tergelincir sekiranya sendiri . Akhi ...




Semoga ikatan Ukhuwah fillah kita akan berkekalan . Bertemu dan Berpisah kerana Allah akhi :)

Janji ke Syurga

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain,  kecuali mereka yang bertakwa”
Surah Az-Zukhruf :ayat 67



Begitulah kisahnya . Allah telah menjanjikan , bahawa mereka yang tidak bertakwa kepada Allah akan bermusuhan pada hari itu . Sungguh , perasaan sayang dan rindu yang digarapkan hanya kepada Allah untukmu sahabatku , ku ingin bertemu kamu di syurga Ilahi yang sangat mahal .

Saat terleka dan gagal mengawal emosi untuk mendepani peperiksaan yang kian menjelang itu , telefon bimbit android berjenama Samsung diambil . peti simpanan mesej dibuku , jari jemari menari di keyboard “qwerty” telefon pintar

“awk, xde mood nk amik exam.”

Begitulah pesanan yang dihantar kepada sahabatnya , di saat kegelisahan hati emosi dan fikiran bercelaru dirinya tergelak kecil saat melihat pesanan mesej yang dihantar . “awk” mengapa menggunakan perkataan awak ? sepertinya disaat keterbezaan yang diambil inilah ikatan ukhuwah terjalin . Namun , walaupun begitu saatnya adalah untuk meminta nasihat , kerana itu bahasa yang polite perlu digunakan .

Selang beberapa minit pesanan mesej dihantar , Shafiq yang dalam perjalanan ke tempat peperiksaan dengan perasaan yang berkecamuk kelukaan emosi . entah apa yang merasuk dirinya disaat itu biarpun mulutnya tidak berhenti beristighfar selepas perasaan untuk menghadapi peperiksaan luntur . Satu pesanan ringkas masuk kedalam private mesej box.
Nama yang tertera saat itu menjadikan girang dihatinya buat seketika , namun mindanya tetap berfikir . apa ya yang dibalas oleh sahabatku ?
“Good Luck , awk mesti boleh.”
Seperti itulah fikiran Shafiq menerawang , namun jari jemarinya tetap menekan butang pesanan ringkas agar isinya dapat dibaca .

“Kuatkan Usaha, Allah always with u”
-Begitulah pesanan ringkas yang dihantar oleh sahabat Shafiq kepadanya , entah mengapa pipinya ditemani air walaupun keadaan panas .


Hati berbicara ........

“Ya Allah , terima kasih atas menghadirkan dirinya kepada diriku , semoga dirinya mampu memimpin tanganku , duhai sahabatku . “

Semangat kembali membara , namun jari jemari tetap menari di keyboard telefon pintarnya agar sahabatnya mendoakan agar Shafiq mampu mendepani ujian dari Allah ini di dalam sujud dan doanya . TAPI jangan hilang kekhusyukanmu sahabatku , begiitulah pesanan yang dihantar kepada sahabatnya .

-       Di dalam dewan peperiksaan –
Entah mengapa hilang ingatan atas apa yang dipelajari tentang subjek peperiksaan yang diambilnya itu . Kertas soalan itu ditenung seperti matanya mampu membekalkan haba agar kertas itu terbakar , NAMUN . disaat itu , wangian sahabatnya menusuk ke dalam hidungnya . Hati kecilnya berkata , mengapa wangiannya hadir di saat ini ya . penolong peperiksaan mana yang memakai wangian ini ? Impossible . Tangannya di bau , tiada pula bau wangian sahabatnya di tangannya.

Dibiarkan perkara itu berlalu , persoalan ini bakal ditanya kepada sahabatnya nanti . PASTINYA .

Sahabat , mampukah dirimu tetap bersama denganku untuk saling mengingatiku ?


Diriku terjeda seketika .! Selepas sampai di dalam bilik , Al-Quran merah . Ya , merah warna kesukaanya itu . diambil dan dibelek-belek . Niatnya bukan untuk membaca Al-Quran tapi untuk membaca tafsiran Al-Quran yang boleh dijadikan kekuatan dalam kehidupan nya itu .

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan kami pasti akan member balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”
Surah An-Nahl : ayat 96

....... Kembali muhasabah diri , ya sahabatku pastinya akan lenyap hilang , namun apa yang ada di sisi Allah akan kekal . Syurganya , ya syurganya pastinya kekal . Sahabatku , pastinya ku akan menjadi orang yang lebih bertakwa disamping mendoakan dirimu juga akan semakin bertakwa . agar kita mampu dan dapat bersama-sama di Syurganya .



Bismillah . Salam Berpuasa dan Salam Berbuka Puasa serta Salam ISrak Mikraj Sahabatku :)

Benarkah Kasihmu

“Dan sungguh , Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu”
Surah Muhammad 47 : 31

Sungguh syafiq terkesan malah terkesima dengan kata-kata madah dari “buku” panduan kehidupan umat Islam itu .

“Kami benar-benar akan menguji kamu”
-Stiap baris itu memainkan gurisan dalam hati serta minda . lakaran itu tidak pernah berhenti untuk melukiskan gambaran dan pena hati tidak pernah berhentik menulis tulisan keindahan . Benar sungguh ujian di saat ini , saatnya untuk mencari sahabat sejati . Namun , siapakah sebenarnya sahabat sejati , apakah yang perlu dilakukan oleh sahabat , apa? Dan mengapa ? bagaimana? Siapakah?

Segalanya muncul dalam kotak hatinya.

Kisah 1
Permulaan untuk melangkah kepada perubahan kini dilaksanakan.
“Aku perlu ke masjid untuk mencari redha Ilahi .”
Begitulah monolognya dalam diri. Untuk mencari redha Ilahi dalam perubahannya itu , sungguh dia ingin istiqamah dalam pencariannya . Ingin perbaiki diri dan ingin mencari syurga Ilahi yang sangat mahal dan perlukan harga yang tertentu untuk memasukinya .
Sekali lagi dalam perjalanan melangkah ke bangunan atas bukit itu fikirannya menerawang indah
“Apakah usaha yang telah ku lakukan dalam usaha aku untuk mencari syurga yang mahal itu ? Ku tidak mahu menjadi sesetengah orang yang inginkan syurga namun tidak berbuat apa-apa kebaikan . Dakwah? Itu merupakan sampingan bagiku untuk ku mencari redha Ilhai , Ah! Sombongnya kau ni dengan mengatakan dakwah is nothing (monolognya dalam monolog) Dakwah is everything okey . !”
Fikirannya terus-terusan menerawang memikirkan jalan untuk dilakukan dalam usaha mendapatkan syurgaNya hingga tidak sedar bahawa dirinya sudah sampai di depan pintu masuk bangunan itu . Fikiran terjeda . Ya Allah .. sungguh banyak lamunan ku ini , sungguh .! terlalu banyak imiginasi ku .
Dengan air wudhu yang masih ada . melangkah kaki kanan dengan perasaan rendah diri biarpun gayanya Nampak gagah lagak sombong angkuh tidak menghiraukan mereka yang disekelilingnya yang mengenalinya , ya , ikatan ukhuwah itu . Dia tidak menghiraukannya dan terus melangkah menuju ke tempat yang sesuai untuk dirinya menyempurnakan solat sunat sebelum zohor. Di pengakhiran sujud itu , dia telah mengambil kesempatan untuk berdoa
“Ya Allah , kau pimpinlah tanganku agar k uterus istiqamah dalam perubahanku”
Begitulah doanya untuk kesekian kalinya , agar dipertemukan seseorang atau orang-orang yang mampu membawa keistiqamahan kepada dirinya biarpun terdapat orang-orang yang sedang mencuba membawa keistiqamahan itu .

Seusai solat zohor berjemaah dengan muslim yang hadir , entah mengapa dalam dirinya menyapa akan mengapa insan itu datang dan menyapa dirinya biarpun dia tidak begitu rapat akan dirinya . Duduk bersama dan bercerita akan permasalahan bagaimana hendak membantu seseorang dalam perubahannya . Sungguh , detik itu telah membibitkan kerinduan buat dirinya .

Hari demi hari , dia menunggu akan kehadiran kawan @ sahabatnya itu . Entah mengapa saat itu langkahnya ke bangunan atas bukit berubah 360 degree tanpa rintangan apa-apa . perjalanannya untuk bertemu sahabatnya @ kawannya .

“... Kami akan uji perihal kamu”

Kembali meniti ayat dari-Nya . Uji perihal kamu ?
“Aku terlalu cepat menyayangi seseorang!”
“Aku kejam ! Seharusnya yang ku rindukan adalah rumahNya dan kekasihNya, mengapa ku salah .! Aku kejam .”
“Ya Allah , berdosanya diri hamba .! “

Begitu banyak persoalan yang menerawang dalam dirinya hingga tidak sedar akan sesuatu yang menemani pipinya . Berlari kecil dirinya keluar dari bangunan itu agar tidak terlihat oleh sesiapa . sambil merenung gunung Kinabalu yang memancak itu , dirinya berdosa .
...................................

“Disini ana mencari solusi akan permasalahan , di sini ana mencari konklusi . di sini ana ingin kan segalanya . ana perlukan bimbingan . “

Buluh jika dilentur pastinya dapat dibentuk , begitu juga dengan diri ini yang lembut hatinya . saat engkau memberikan kasih sayang , saat itu ku akan simpan buat selamanya . saat kau memberikan kasih sayang , ku cuba untuk membalasnya .
Kini aku perlu melangkah agar memberikan sesuatu , bukannya menerima sesuatu dan baru hendak memberikannya .

Berjabat tangan , pelukan , rasa cinta dan sayang bukan kerana ku songsang ataupun sebagainya . Mungkin sifatku yang inginkan kasih sayang . Sungguh.! Lelaki itu pasangannya wanita . Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki . !

Kerana !!! ::
“Tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada waktunyaJ

Itulah pesanan dari pemilik tulang rusuk yang In Shaa Allah bakal bertemu tempatnya J

Terima Kasih Ikhwah




Alhamdulilah , syukur tidak terhingga ku panjatkan kepadaMu Ya Allah atas segalanya yang telah engkau berikan . Saat ku ingin melangkah menuju redhaMu Ya Allah . Pastinya banyak ujian yang diberikan . Masih segar dalam ingatan ku ini . 

"Kau kena ingat shafiq , bahawasanya Allah tidak akan menguji seseorang sesuai dengan kekuatannya"

Akhi , biarpun ku banyak berceritakan akan ikhwah2 lain dan sahabat-sahabat ku yang lain denganmu tanpa mengira akan perasaan mu . adakah engkau tersakiti saat ku memulakan penceritaan ataupun sesudah penceritaan itu . 

Akhi , Ukhwafillah de Picnic . Masih segar di dalam ingatanku akan program itu . 

Ku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah menghadirkan orang-orang yang mampu memberikan motivasi kepada diriku ini . 

Saat ku mencari apakah itu keikhlasan . 

"Salam Akhi , sekiranya kita merasakan kita tidak ikhlas untuk mengikuti sesuatu program. Apakah yang harus kita lakukan ? tak payah ikut program tu ? teruskan juga ikut "

begitulah pesanan ringkas yang diberikan serentak kepada 3 orang ikhwah yang ku rapat , bukan bermakna meletakkan pembimbing di belakang . Namun , ku mensesuaikan dengan cerpennya perumpamaan yang berada di dalam articlemu akhi , " ambillah buah yang lebih dekat"

Tidak sampai dalam masa 30 minit , seorang ikhwah telah membalas . Jazakallah khair akhi kerana membalas . 

"Salam , Ikhlas itu subjektif, ia memerlukan masa utk merelakannya. kalo tidak dipaksa , ia tdk akan mungkin akan merelakannya.. bagi ana ikhlas harus dipaksa.. ikhlas k,x ikhlas k, dtg jer "

Saat itu yang sedang bermain dalam fikiranku , seringkali ku bermonolog

" Akhi , sehingga bila harus ku memaksa diri ini , bukan sahaja ku menambah keikhlasan . malah menambah luka dan parut . Akhi , hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya betapa sakitnya penderitaan hati ini ."

Sesudah bermonolog sendirian ku kembali menuntut bercerita dengan sahabatku akan apa yang ku monologkan 

"Kau selalu solat , sepatutnya kau lebih kuat dalam mendepani segalanya ini shafiq ,  " 
"Tapi , ku tidak kuat lagi Hafiz untuk mendepani semua ini , aku paksa diri aku untuk menghadirkan diri "

Namun , ayat pedas yang mampu buat ku terkesima dan tersentak 

"Cuba kau cek balik solat kau "

Ya Allah , ku benar-benar malu sebenarnya dengan dirinya . Benarkah ku slat kerana Mu Ya Allah . 

Timbul dan terlakar "?" yang besar di depan mataku . di dalam fikiranku dan juga di dalam hatiku . 


Saatku melepaskan segalanya




Bermulanya kisah ini ku mencari pengertian hidup . mengapa manusia diciptakan . manusia diciptakan untuk beribadat kepadaNya .
Ini kisahku .

Bercouple , indahnya saat bercouple . Segalanya pasti lengkap , kehidupan sebagai seorang lelaki ku lengkap namun segalanya ku bongkarkan di kaca skrin ini . Sungguh , kehidupan itu lengkap , namun segala dosa-dosa yang terkumpul juga mampu menjadi lengkap . kini , biarlah ku melepaskan dirimu pergi , InsyaAllah , jika benar istikharah yang kita lakukan adalah benar wajahmu dan wajahku menjadi pendamai dalam mimpi tidurmu , pastinya kita akan tetap bersatu . kerana sesungguhnya ku mengerang ketakutan tatkala disebut nama cinta .

Semoga ikatan yang dahulunya terbina kerana Allah , ku melepaskan dirimu kerana Allah jua . Moga kiranya jodoh itu panjang , pastinya kita akan mampu bersama .


Copy Pasta ::

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

via Syamil Hadi ~Musta'mal~

Sayangi Ayahmu kerana dia yang masih menyimpan dosa yang telah engkau lakukan , kasihkan ibumu kerana dia telah melahirkanmu . Semoga ikatan itu mampu bersatu sekiranya Allah telah menetapkan segalanya .



haram tetap haram


Assalamualaikum

Huwaaa ..!! lamanya sudah ku tinggal kan blog ku , bersarang , bersemut , banyak nya sampah yang tidak ku sapu-sapu ni .. hikhikhik
Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; “ .( Surah An Nur : 30 )

Tidak haram lelaki bertemu wanita dalam satu-satu lapangan kerja, begitu juga wanita tidak haram bertemu lelaki. Mereka boleh berhubung, bergaul dan bekerja bersama-sama.

Sememangnya sukar untuk kita menyatakan perkara itu , namun . haruslah di ingat bahawasanya hokum berpegangan tangan antara lelaki dan juga perempuan yang bukan muhrim tetap salah dan haram dan juga DOSA . maka , tidak lah seharusnya seseorang itu mendiamkan diri anda disentuh , dipegang oleh yang bukan mahram .

Apa yang haram tetap haram .
Ingatilah dia , Nasihatilah dia , marahlah dia dan jika semua itu tidak mampu memperingatkan dirinya .. Jauhilah dia .

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)